Nak Kawin Tapi Duit Tak Ada Waaaaaaaaaaaaa.

14 November 2009

2:Nazak

Tempat: Brunsfield Riverview, Shah Alam
Tarikh: 14 November 2009
Hari: Sabtu
Masa: 6.06 am

Assalamualaikum...

Beberapa tahun yang lalu, aku mula sakit dibahagian perut. Aku hanya fikirkan itu hanya penyakit biasa yang menyerang aku, jadi aku menganggap ianya perkara biasa. Oleh kerana sikap yang sambil lewa aku, aku tidak dapat bergerak dan dimasukkan ke ICU,PPUM. Aku diperiksa dan asid telah merebak ke seluruh badanku, dan aku terpaksa melakukan pembedahan dengan segera. Akan tetapi doktor pakar belum sampai untuk meneruskan pembedahan tersebut. Tiba-tiba aku terdengar perbualan doktor dengan ibu dan ayah aku.

Doktor: Kenapa Encik Yahya baru sekarang membawa dia(aku) kesini?
Ayah: Saya tidak tahu dia sakit doktor.
Ibu: Sebenarnya dia pernah bagi tahu dia sakit, tapi sekadar sakit perut biasa katanya.
Doktor: Darah Zaki telah diracuni oleh asid dari apandix, dan ia telah pecah dan bernanah. Biar saya terus terang sahaja kepada Encik Yahya dan Puan Zabedah. Dia kini nazak, dia sedang berlawan dengan nyawanya. Jika sekarang nyawanya hanya kadar 40 peratus selamat. Dan sewaktu pembedahan, kami tidak mampu untuk membuat apa, nyawaya 50:50. Semua bergantung pada dirinya untuk melawan sakit tersebut.

Saat itu aku melihat wajah ayah yang tegas dan sentiasa serius lesu, dapat ku lihat linangan air matanya. Aku semakin lemah. Aku mengalihkan pandangan aku pada Ibu. Aku lihat air yang jernih mengalir di pipinya. Ibu, kuatkan hati mu Ibu, Ayah kuatkan semangatmu Ayah. Jika Aku tidak dapat diselamatkan, Aku memohon seribu keampunan pada kamu berdua. Ibu, Ayah, walaupun aku selalu meninggikan suara pada kamu berdua. Aku mahu ayah dan ibu tahu betapa aku sayangkan kamu berdua. Aku hanya mempunyai seorang ibu dan ayah dalam dunia ini. Iaitu anda berdua.

Aku mahu mengeluarkan isi hati aku itu, tapi pandangan mataku semakin kabur. Aku hanya mampu menahan dan menjerit "Sakit". Dalam kesamaran aku dapat melihat Ayah ku yang tinggi egonya dan tegas itu, membelai rambutku.

Ayah: Tahan sikit, kejap lagi doktor sampai.

Ayah mula berpaling. Aku dapat melihat air yang jernih mengalir, dan takungan air mata dimata tidak dapat lagi menampung air mata itu, lalu terburai jatuh juga. Itulah pertama kali aku melihat Ayah menangis kerana aku. Ayah berpaling dan terus pergi.

Ibu: Abang, Mama harap awak kuatkan semangat awak. Mama sentiasa disisi awak. Mama doakan awak selamat.

Itulah ibu, seorang yang tenang dan tabah. Aku lihat airmatanya mengalir. Aku selalu membuat Ibu menangis keranaku, Tapi dia seorang yang penyabar, tidak pernah memarahi aku. Ibu sentiasa ada disisi jika aku perlukan apa-apa. Ibu membelai rambutku dan menggenggam erat tangan ku. Aku tahu, Ibu tak mahu kehilangan ku, Tapi kini aku telah nazak, semua sanak saudara telah berkumpul, dan berdoa untuk aku. "Mama, sakit ma". Itu yang keluar dari mulutku. Tapi didalam hati, aku sedih dan pilu. Ma, terima kasih kerana membesarkan Akie, Akie banyak buat salah pada mama. Andai kata Akie pergi dahulu sebelum Mama, Akie nak mama tahu Akie sayang sangat sama Mama. Mama janganlah menangis lagi kerana Akie. Biarlah Akie pergi untuk selamanya agar Akie tidak melukakan hati mama.

Mata aku kelam, "Mama,Baba". Itulah kata-kata terakhir aku.

Ibu: Abang bukak mata abang.

Ibu mencium dahi aku. Diruang pipiku terasa seperti disimbahi air. Aku tau itu adalah air mata Ibu. Ibu mengucup dahiku, dan pipiku. Aku dapat merasakan katil yang aku baring bergegar. Aku tahu aku sedang ditolak untuk memasuki bilik pembedahan. Tiba-tiba aku mendengar suara yang tidak ku kenali memanggil aku.

Misi: Adik, bangun dik. Bukak mata tu.

Aku membuka mata. Kelihatan nurse sedang mengejutkan aku. Pandangan aku silau. Aku tahu aku kini telah berada dibilik pembedahan. Dan aku tahu mungkin disitulah tempat terakhir aku lihat dan disitulah nyawa aku akan berakhir.

Misi: Adik, kejap lagi adik akan operate. Akak nak adik tenang dan mengucap ya.

Aku mula mengucap. Kata-kata terakhirku pada nurse sebelum aku mengucap membuatkan nurse itu mengalir air mata. "Kak, kalau saya mati, kirim salam kat ibu dan ayah saya dan semua saudara saya, pesan pada ibu dan ayah jangan menangis kerana saya mati, halalkan makan minum saya". Mata nurse itu berair.

Misi: Adik akan selamat.

Mata aku tertutup rapi. Pembedahan itu mengabil masa 9 jam, dan aku yang sedang nazak selamat dibedah

Misi: Adik bukak mata dik.

Aku membuka mata, cahaya dibilik pembedahan sungguh menyilaukan. Aku dapat lihat nurse itu tersenyum dan menunjukkan kearah bertentangan dengannya. Ku berpaling, dan terlihat wajah sayu Ibu bersinar, wajah muram Ayah berseri dengan senyuman. Ayah menyapu tangannya kemuka. Aku tahu ayah dan ibu sentiasa berdoa untuk aku. Dan mereka bersyukur kerana aku selamat dibedah.

Selama seminggu aku dihospital, akhirnya aku dibenarkan balik. Aku tahu walau kita rasa sezalimnya ayah sekejamnya ibu, setenangnya ayah, semurninya ibu, kasih sayang mereka pada anak tidak akan hilang. Jika ini berlaku kepada anak mereka, dan jika boleh diubah, biarlah mereka derita dari anak yang mereka sayangi dan cintai hidup derita.

p/s: Mama, Baba, walau apa pun terjadi, Akie sentiasa ada seorang Ibu dan Ayah. Sejahat Akie, Akie tak pernah terlintas untuk menyakiti hati Mama dan Baba. Akie sayang dan cintakan Mama dan Baba..

Pengalaman yang tidak akan aku lupakan, 14-15 ogos 2004. Tarikh yang hampir meragut nyawa aku. Dan saat itu baru dapat aku rasakan kasih sayang ibu dan ayah sepenuhnya.

Tiada ulasan: