Nak Kawin Tapi Duit Tak Ada Waaaaaaaaaaaaa.

24 Mac 2010

Warkah Untuk Ayah Bonda

Ayah Bonda,
Kasihmu hingga ke syurga,
Sayangmu membawa bahagia,
Cintamuku semat bersama,

Ayah bonda,
Kasihmu tidak terkata,
Sayangmu tidak terhingga,
Cintamu ku dakap bersama,

Aku bukan insan mulia,
Aku anak derhaka,
Kerana aku tak pernah mendengar kata,
Melawan kata kalian berdua,

Dari kecil hingga dewasa
Kau menjagaku dengan percuma,
Menasihatku tanpa berputus asa,
Agar aku menjadi insane berguna,

Kasihmu tidak pernah tersisih,
Sayangmu tidak pernah terbuang,
Cintamu tidak pernah terkata,
Kasih sayang dan cintamu sentiasa didada,

Lenaku kau berjaga,
Mengucup dahiku penuh bahgia,
Sakitku kau menderita,
Menangis hatimu melihatku terseksa,

Masih kau tabah menemaniku,
Walaupun sering aku memarahimu,
Masih tersenyum terlekat dibibirmu,
Walaupun aku mengecewakanmu,

Tidak pernah serik menyakitimu,
Tidak pernah tersentuh mengecewakanmu,
Tidak pernah menangis berusaha untukku,
Walaupun derita didalam dadamu

22 March 2010(isnin), 5.45 am- aku tujukan warkah ini khas untuk permata hidupku ayah dan bonda, Mohamad Yahya dan Zabedah. Aku sentiasa ingin melihat anda bahagia biar pun aku derita. Terima Kasih kerana membesarkan aku dengan sempurna, dengan penuh bahagia dalam keluarga gembira.


Oh Tuhan,
Berikan aku kekuatan,
Agar aku sempat meluahkan kata,
Yang terakhir untuk mereka,
bahawa mereka amat ku cinta,

Oh Tuhan,
Andai aku punca mereka derita,
Ambillah aku agar mereka bahagia,
Ingin aku melihat mereka ketawa,
Dan senyum dengan gembira

Oh Tuhan
Andai aku punca mereka sengsara,
Arahkanlah MalaikatMu mencabut nyawaku,
Kini aku sudah bersedia,
Untuk kembali kesisiMU

Ayah bonda,
Bila aku telah tiada,
Pergi dahulu dari kalian berdua,
Anggaplah ini ku berdoa,
Agar dapat melihat kalian gembira.

Andai aku telah tiada,
jangan kuathir ayah bonda,
Akan ku jumpa Tuhan Yang Esa,
Tempatkan kalian di dalam Syurga.

Wartikah terakhir dari aku,
Sebelum aku pergi dahulu,
Kasih sayangku hanya untukmu,
terima kasih berkorban Untukku.

Ahmad Zaki binti Zabedah nama ku,
Sedia menyambut panggilanMu,
Tidak sanggup ku membuat dosa,
Warkah terakhir untuk ayah bonda.


-22 March 2010(isnin), 5.45 am- aku tujukan warkah ini khas untuk permata hidupku ayah dan bonda, Mohamad Yahya dan Zabedah. Aku sentiasa ingin melihat anda bahagia biar pun aku derita. Terima Kasih kerana membesarkan aku dengan sempurna, dengan penuh bahagia dalam keluarga gembira.