Nak Kawin Tapi Duit Tak Ada Waaaaaaaaaaaaa.

03 September 2010

Dimana ada kemahuan.. disitu ada yg kutip duit. ades..

"Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan"

Ya! benar, memang dimana ada kemahuan, disitu ada jalan penyelesaian. cam ner ngan duit? camner nak selesaikan masalah kewangan? pening aku memikirkan mende alah nie. maklum la. nak kumpul duit nak kawen lagi. duit belanja lagi.

Semua kene duit. selamat nak bernafas tak perlukan duit. nak kumpul duit untuk masa depan? cukup ke dengan kos perbelanjaan sekarang nie? mesti cukup-cukup makan. kene pulak dah nak bertunang, nak berkahwin, lagi pening, runsing dan pusing lah tuk cari duit. surf-surf internet je last week nampak buku nie. cara-cara nak kumpul duit untuk menjalani kehidupan menjelang hari-hari perkahwinan.

layan gak la cara-cara nye. dari A sampai Z dier ajar. huhuhu.. hope pasnie leh la kawin... kakakkakaka.. yang mana nak kumpul duit tuh leh la click gambar buku tuh..


Kesimpulannya... cepat-cepat kumpul duit kahwin dan langsungkan perkahwinan..
Kalu tak cukup duit nak buat kahwin, jangan risau, boleh gi website

Insyallah, dapat membantu.
Bye!

29 Julai 2010

Apakah Cinta


Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?

guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan.......

tamat....
==============

Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya.



Terima Kasih kepada

Mohd Suhaimy Abu Bakar
www.maskahwin.com

Akiera Enterprise.
Nine Akiera
"Art of Love, Love in Art"

31 Mei 2010

Lagenda Budak Setan

Lagenda Budak Setan. citer nie cam kisah aku.. 1st aku dgr lagu nie.. aku tersentap.. bait2 lagu nie cam kisah aku ngan Nursyafina..

24 Mac 2010

Warkah Untuk Ayah Bonda

Ayah Bonda,
Kasihmu hingga ke syurga,
Sayangmu membawa bahagia,
Cintamuku semat bersama,

Ayah bonda,
Kasihmu tidak terkata,
Sayangmu tidak terhingga,
Cintamu ku dakap bersama,

Aku bukan insan mulia,
Aku anak derhaka,
Kerana aku tak pernah mendengar kata,
Melawan kata kalian berdua,

Dari kecil hingga dewasa
Kau menjagaku dengan percuma,
Menasihatku tanpa berputus asa,
Agar aku menjadi insane berguna,

Kasihmu tidak pernah tersisih,
Sayangmu tidak pernah terbuang,
Cintamu tidak pernah terkata,
Kasih sayang dan cintamu sentiasa didada,

Lenaku kau berjaga,
Mengucup dahiku penuh bahgia,
Sakitku kau menderita,
Menangis hatimu melihatku terseksa,

Masih kau tabah menemaniku,
Walaupun sering aku memarahimu,
Masih tersenyum terlekat dibibirmu,
Walaupun aku mengecewakanmu,

Tidak pernah serik menyakitimu,
Tidak pernah tersentuh mengecewakanmu,
Tidak pernah menangis berusaha untukku,
Walaupun derita didalam dadamu

22 March 2010(isnin), 5.45 am- aku tujukan warkah ini khas untuk permata hidupku ayah dan bonda, Mohamad Yahya dan Zabedah. Aku sentiasa ingin melihat anda bahagia biar pun aku derita. Terima Kasih kerana membesarkan aku dengan sempurna, dengan penuh bahagia dalam keluarga gembira.


Oh Tuhan,
Berikan aku kekuatan,
Agar aku sempat meluahkan kata,
Yang terakhir untuk mereka,
bahawa mereka amat ku cinta,

Oh Tuhan,
Andai aku punca mereka derita,
Ambillah aku agar mereka bahagia,
Ingin aku melihat mereka ketawa,
Dan senyum dengan gembira

Oh Tuhan
Andai aku punca mereka sengsara,
Arahkanlah MalaikatMu mencabut nyawaku,
Kini aku sudah bersedia,
Untuk kembali kesisiMU

Ayah bonda,
Bila aku telah tiada,
Pergi dahulu dari kalian berdua,
Anggaplah ini ku berdoa,
Agar dapat melihat kalian gembira.

Andai aku telah tiada,
jangan kuathir ayah bonda,
Akan ku jumpa Tuhan Yang Esa,
Tempatkan kalian di dalam Syurga.

Wartikah terakhir dari aku,
Sebelum aku pergi dahulu,
Kasih sayangku hanya untukmu,
terima kasih berkorban Untukku.

Ahmad Zaki binti Zabedah nama ku,
Sedia menyambut panggilanMu,
Tidak sanggup ku membuat dosa,
Warkah terakhir untuk ayah bonda.


-22 March 2010(isnin), 5.45 am- aku tujukan warkah ini khas untuk permata hidupku ayah dan bonda, Mohamad Yahya dan Zabedah. Aku sentiasa ingin melihat anda bahagia biar pun aku derita. Terima Kasih kerana membesarkan aku dengan sempurna, dengan penuh bahagia dalam keluarga gembira.