Nak Kawin Tapi Duit Tak Ada Waaaaaaaaaaaaa.

15 November 2009

7: Kesakitan

Hari ini genaplah 3 hari aku pergi hospital, aku tahu dada aku semakin teruk. Dari 4 jenis ubat bertambah 6 jenis ubat. Tapi thanks kat Iela sebab memberi kata semangat. Akie akan ingat kata-kata Iela.

-"Biar Mati Mencuba Dari Mati Mengalah"-

Aku harap sakit aku akan sembuh. Sebab aku tidak mahu orang berkata aku hipokrit tidak sakit cakap sakit. So baik aku cakap sihat walau pun terpaksa makan ubat yang pahit yang langsung tidak ada rasa itu, dari aku dituduh macam-macam.

Thanks Iela sebab selalu bagi nasihat.

6: Gila Kuasakah Aku? (untuk Selangor Universal)


Selangor Universal

Pertama sekali aku ingin mengucapkan Terima Kasih kerana menerima aku dan Mintak Maaf jika ada menyakiti korang jika penulisan aku ini tersinggung perasaan anda semua. Walau bagaimana pun, Anda semua yang terbaik yang pernah aku kenali.

Aku akan ingat semua ahli keluarga Selangor Universal. Yun, Lyez, Luna, Ewan, Rafael, Ayie, Dhia, Pan, Kuntik, Alam, Ewan, Arul dan Ain. Anda semua akan aku ingat sampai bila-bila.

Tapi sebelum aku teruskan, aku nak tanya anda semua. Masih ingatkah lagi asal penubuhan dan permulaan Selangor Universal ini? Jika anda lupa, biar aku ingatkan anda semula.

Asal Selangor Universal adalah untuk merapatkan kita semua, kerana kita dari tempat yang berbeza. Kita bermula dengan hanya melepak dan bersuka ria bagi menghilangkan boring dan menghilangkan duka. Dan kita bercadang hendak menggelarkan kumpulan kita ini sebagai Selangor Universal. Aku enjoy bila berada dengan anda semua. Tapi aku dapat rasakan perubahan bila ada yang bercadang untuk mengadakan status Presiden,Naib Presiden dan AJK. Bukankah matlamat kita menubuhkan hanya untuk bergelar Family?

Tapi bagi aku, itu adalah pilihan masing-masing, kerana aku semakin rapat dengan anda, aku terima sahaja keputusan anda. Tapi kegembiraan kita tidak lama, didalam keluarga ini terjadinya krisis. Aku mula menjauhkan diri dari anda semua, bagi aku matlamat aku telah selesai, aku hanya ingin merapatkan anda dan kenalkan anda semua satu sama lain. Kini kita semua telah rapat dan telah bersatu.

Selepas krisis tersebut, aku menjauhkan diri, jika anda semua perasan aku mula jauhkan diri dan memberi 1001 alasan agar tidak bertemu. Bagi aku, biarlah aku satukan anda semua dan anda bersatu menjatuhkan aku semula.

Sebenarnya aku terkilan atas apa yang berlaku, tapi aku terima seadanya. Maafkan aku jika ada salah aku. Minggu lepas, anda semua ingin berbincang, aku turut serta, tiba-tiba, Ayie berdiri.

Ayie: Aku tahu ada diantara kita yang cuba hendak menghancurkan Selangor Universal. Dan nama Selangor Universal dah buruk, nama aku dah buruk, siapa yang buat, sila mengaku.

Aku tahu Ayie akan menuduh aku. Tiba-tiba Ayie berlalu, dan datang ketempat aku dan bertanyakan pada aku dengan nada yang agak tinggi. Aku sebenarnya agak kurang senang diperlakukan begitu.

Ayie: Akie baik kau mengaku, betul ke kau yang burukkan Selangor Universal?
Aku: Apa pasal aku pulak, sumpah demi Allah aku tak pernah babit kan Selangor Universal. Jika aku tipu, esok mak aku mati.

Dengan selamba aku menjawab begitu, dapat aku lihat muka ahli-ahli yang lain mula berubah. Kebetulan masa itu mood aku tidak menentu, dan aku memjawab dengan keras. Setelah dibincangkan, aku rasa aku tak burukkan nama Ayie. Tapi nama aku sebenarnya diburukkan. Ada yang bertanyakan pada Ayie, Selangor Universal bukan kah Akie yang tubuhkan?

Setahu aku, aku tidak pernah bagitahu sesiapa yang tubuhkan Selangor Universal ini. Jika ditanyakan, aku akan menjawab kami yang tubuhkan. Tapi tidak ada siapa yang bertanya. Selepas malam tersebut aku terfikir untuk menarik diri dari Selangor Universal. Dan malam itu juga, secara tak langsung aku keluar dari "Persatuan" Selangor Universal. Kini pada pandangan aku, Selangor Universal bukan lagi bergelar keluarga, tapi seperti group, dan persatuan..

Maafkan aku, dan minta anda menghormati keputusan aku keluar dari group Selangor Universal ini. Jika aku gila kuasa, aku akan teruskan, tapi aku bukan begitu. Oleh kerana itu lah aku tidak mahu ada AJK dalam Selangor Universal. Aku harap anda semua paham. Jadi gila kuasa kah aku?

5:Gila Kuasakah Aku? (untuk Selangor Crew)

Selangor Crew

Masih aku ingat lagi pertemuan pertama dengan ahli-ahli Selangor Crew. Asalnya aku dan Ain mengajak Nad lepak di Mid Valley, tapi cadangan aku itu disambut oleh Budak Jalanan dan lain-lain. Dipendekkan cerita, Aku pergi menghisap rokok, dan terdengar Budak Jalanan berbincang untuk menubuhkan persatuan. Seperti biasa, aku terima keputusan tersebut, dan berasaskan hanya beberapa orang kami berjaya meneruskan gath berikutnya.

Gath dijalankan juga di Mid Valley, tapi digabungkan dengan rakan-rakan ku yang lain dari DR3. Ketika itu Selangor Crew masih setahun jagung, tapi berjaya membawa lebih kurang 40 orang menyertai gath tersebut. Setelah bermain boling dan penyerahan baju ahli, Budak Jalanan menarik tangan aku dan meminta aku menolongnya. Aku membawa mereka ke Medan Selera, sewaktu perjalanan pergi ke Medan Selera, aku terdengar bisikan yang berbunyi."Bukan budak ke yang uruskan gath ni? kenapa Akie pulak yang handle?".

Bisikan sumbang itu aku biarkan. Aku teruskan membawa mereka ke Tempat yang dijanjikan. Untuk pengetahuan semua. Gath di Mid Valley, adalah anjuran DR3. Kebetulan Budak juga ingin membuat gath bagi mengedarkan baju Selangor Crew. Aku mencadangkan kami mengadakan di Mid Valley dan bergabung dengan DR3. Budak Jalanan meminta aku uruskan, dan aku hanya berbincang dengan Babun dari DR3,yang juga kawan aku.

Selepas gath tersebut aku sekali lagi menjauhkan diri dari Selangor Crew. Masih gila kuasakah aku? walaupun aku hanya membantu? Tujuan aku hanya untuk merapatkan Selangor Crew dan DR3.

Jika aku gila kuasa aku sudah lama tersenarai dalam Selangor Crew. Cuma aku tidak mahu apa-apa jawatan. Maafkan aku ahli-ahli Selangor Crew, sebab aku menjauhkan diri dari anda semua. Aku lakukan begini untuk kebaikan untuk anda dan diri aku juga.

4: Gila Kuasakah Aku? (untuk Buddy List)

Tempat: Seksyen 13,Shah Alam
Hari: Ahad
Tarikh:15 November 2009
Masa: 2.01 am

Assalamualaikum...

Aku keliru. Kenapa aku disalahkan? Ramai bertanya pada aku, betulkah aku gila kuasa? betulkah aku nak ambil alih BL, Selangor Crew, DR3, Selangor Universal? Baiklah biar aku jelaskan. Tetapi, terlebih dahulu aku ingin meminta maaf jika disini aku ada tersinggung hati dan perasaan korang. Baik aku berkata dari senyap dan terus difitnah.

Buddy List(BL)
BL ini ditubuhkan pada 2004, masa ini aku sedang belajar lagi. Pada ketika itu ahli utama adalah Eyezart@ ijat. Semasa aku menyertai BL, BL masih baru ingin bertapak. Pada masa itu, sesiapa yang menyertai BL akan dibenci. Mereka akan diboot. Hingga ramai ahli yang tidak tahan dan tidak lagi mahu menyertai BL, sehingga Ijat mengadakan meeting, Pada asalnya, Ijat hendak membubarkan BL, tapi aku dan beberapa ahli lain melarang keputusan itu. Kami menyuruh Ijat teruskan walau apapun yang terjadi, kerana kami berada dibelakang dia untuk support menaikkan BL. Dan BL terus hidup dan tidak jadi dibubarkan walau pun pada ketika itu hanya beberapa belas orang sahaja.

Gath pertama BL disanbut semasa Hari Kemerdekaan. Walaupun BL kena kutuk dan maki kami masih mampu menahan dan akhirnya BL semakin membesar. Aku terus membantu BL untuk membuat Logo walau pun tidak secantik mana, bagi aku kami perlukan trademark. Tidak beberapa lama kemudian, meeting berikutnya diadakan. Ijat menjadi Pengerusi@Presiden , dan aku menjadi Penasihat. Oleh kerana aku tidak berminat pada jawatan, aku hanya menolong sekadar yang termampu. Dan aku menjauhkan diri aku dari BL. Dalam diam aku masih mengikuti perkembangan BL. Hinggalah nama aku ditukarkan pada orang lain..

Aku hanya membantu menaikkan BL. Bukan untuk merampas BL. Gila kuasakah aku untuk merampas BL?

3:Pasrah

Tempat:Seksyen 13, Shah Alam
Tarikh:14 November 2009
Hari:Sabtu
Masa:12.05 am


Assalamualaikum...

Hari ini aku bertemu dengan Fida dan Virus, mereka mengajak aku keluar makan. Kami telah lama tak berjumpa, rindu pada mereka terubat. Aku, Ain, Fida dan Virus makan di Mc'd, Giant Seksyen 13, Shah Alam. Kebetulan semalam aku memang teringin untuk makan Mc'Donalds. Akhirnya aku tak kempunan. Thanks Fida dan Virus sebab bawak aku.

Sedang bual kosong, tiba-tiba Virus menanyakan sesuatu yang telah lama terjadi dan ingin diungkiti.

Virus: Akie, apa kes kau dengan budak-budak chat?

Aku: Kau jangan tanya kenapa kat aku.(jawab aku sambil gelak)
(Fida menyampuk)

Fida: Ada siap kecoh dalam room cakap engkau gila kuasa.
(Sambil tersenyum aku menjawab apa yang dirasakan aku perlu jelas kan)

Aku: Aku tak pernah hendak ada jawatan pun didalam mana-mana group YM ini. Kenapa kau tanya? dari siapa kau dengar?

Fida: Dari budak-budak dalam room juga. Dia siap cakap Selangor Universal kau nak amik alih, Selangor Crew kau nak, BL kau nak, selamat DR3 kau tak nak pulak.

Aku tahu Fida konfius dengan apa yang terjadi, terutama Virus. Aku baru berapa kali berjumpa Virus. Aku tahu ada yang sedang merosakkan nama aku. Aku tidak pernah terasa apa pun yang terjadi. Aku anggap itu sebagai satu dugaan untuk aku tempuhi. Untuk tidak difikirkan buruk aku jelaskan pada Fida dan Virus.

Aku: Macam ini lah Fida. Jika aku nak sangat jawatan, nak sangat kuasa, dah lama aku dapat. Tapi aku bukan jenis macam itu. Aku rapat dan tolong pun dia orang cakap aku nak jawatan. Kadang-kadang malas aku nak tolang dan bagi cadangan lagi.

Setelah aku terangkan, baru mereka faham dan mereka nasihatkan aku, Terima Kasih Fida dan Virus kerana masih memahami aku.

14 November 2009

2:Nazak

Tempat: Brunsfield Riverview, Shah Alam
Tarikh: 14 November 2009
Hari: Sabtu
Masa: 6.06 am

Assalamualaikum...

Beberapa tahun yang lalu, aku mula sakit dibahagian perut. Aku hanya fikirkan itu hanya penyakit biasa yang menyerang aku, jadi aku menganggap ianya perkara biasa. Oleh kerana sikap yang sambil lewa aku, aku tidak dapat bergerak dan dimasukkan ke ICU,PPUM. Aku diperiksa dan asid telah merebak ke seluruh badanku, dan aku terpaksa melakukan pembedahan dengan segera. Akan tetapi doktor pakar belum sampai untuk meneruskan pembedahan tersebut. Tiba-tiba aku terdengar perbualan doktor dengan ibu dan ayah aku.

Doktor: Kenapa Encik Yahya baru sekarang membawa dia(aku) kesini?
Ayah: Saya tidak tahu dia sakit doktor.
Ibu: Sebenarnya dia pernah bagi tahu dia sakit, tapi sekadar sakit perut biasa katanya.
Doktor: Darah Zaki telah diracuni oleh asid dari apandix, dan ia telah pecah dan bernanah. Biar saya terus terang sahaja kepada Encik Yahya dan Puan Zabedah. Dia kini nazak, dia sedang berlawan dengan nyawanya. Jika sekarang nyawanya hanya kadar 40 peratus selamat. Dan sewaktu pembedahan, kami tidak mampu untuk membuat apa, nyawaya 50:50. Semua bergantung pada dirinya untuk melawan sakit tersebut.

Saat itu aku melihat wajah ayah yang tegas dan sentiasa serius lesu, dapat ku lihat linangan air matanya. Aku semakin lemah. Aku mengalihkan pandangan aku pada Ibu. Aku lihat air yang jernih mengalir di pipinya. Ibu, kuatkan hati mu Ibu, Ayah kuatkan semangatmu Ayah. Jika Aku tidak dapat diselamatkan, Aku memohon seribu keampunan pada kamu berdua. Ibu, Ayah, walaupun aku selalu meninggikan suara pada kamu berdua. Aku mahu ayah dan ibu tahu betapa aku sayangkan kamu berdua. Aku hanya mempunyai seorang ibu dan ayah dalam dunia ini. Iaitu anda berdua.

Aku mahu mengeluarkan isi hati aku itu, tapi pandangan mataku semakin kabur. Aku hanya mampu menahan dan menjerit "Sakit". Dalam kesamaran aku dapat melihat Ayah ku yang tinggi egonya dan tegas itu, membelai rambutku.

Ayah: Tahan sikit, kejap lagi doktor sampai.

Ayah mula berpaling. Aku dapat melihat air yang jernih mengalir, dan takungan air mata dimata tidak dapat lagi menampung air mata itu, lalu terburai jatuh juga. Itulah pertama kali aku melihat Ayah menangis kerana aku. Ayah berpaling dan terus pergi.

Ibu: Abang, Mama harap awak kuatkan semangat awak. Mama sentiasa disisi awak. Mama doakan awak selamat.

Itulah ibu, seorang yang tenang dan tabah. Aku lihat airmatanya mengalir. Aku selalu membuat Ibu menangis keranaku, Tapi dia seorang yang penyabar, tidak pernah memarahi aku. Ibu sentiasa ada disisi jika aku perlukan apa-apa. Ibu membelai rambutku dan menggenggam erat tangan ku. Aku tahu, Ibu tak mahu kehilangan ku, Tapi kini aku telah nazak, semua sanak saudara telah berkumpul, dan berdoa untuk aku. "Mama, sakit ma". Itu yang keluar dari mulutku. Tapi didalam hati, aku sedih dan pilu. Ma, terima kasih kerana membesarkan Akie, Akie banyak buat salah pada mama. Andai kata Akie pergi dahulu sebelum Mama, Akie nak mama tahu Akie sayang sangat sama Mama. Mama janganlah menangis lagi kerana Akie. Biarlah Akie pergi untuk selamanya agar Akie tidak melukakan hati mama.

Mata aku kelam, "Mama,Baba". Itulah kata-kata terakhir aku.

Ibu: Abang bukak mata abang.

Ibu mencium dahi aku. Diruang pipiku terasa seperti disimbahi air. Aku tau itu adalah air mata Ibu. Ibu mengucup dahiku, dan pipiku. Aku dapat merasakan katil yang aku baring bergegar. Aku tahu aku sedang ditolak untuk memasuki bilik pembedahan. Tiba-tiba aku mendengar suara yang tidak ku kenali memanggil aku.

Misi: Adik, bangun dik. Bukak mata tu.

Aku membuka mata. Kelihatan nurse sedang mengejutkan aku. Pandangan aku silau. Aku tahu aku kini telah berada dibilik pembedahan. Dan aku tahu mungkin disitulah tempat terakhir aku lihat dan disitulah nyawa aku akan berakhir.

Misi: Adik, kejap lagi adik akan operate. Akak nak adik tenang dan mengucap ya.

Aku mula mengucap. Kata-kata terakhirku pada nurse sebelum aku mengucap membuatkan nurse itu mengalir air mata. "Kak, kalau saya mati, kirim salam kat ibu dan ayah saya dan semua saudara saya, pesan pada ibu dan ayah jangan menangis kerana saya mati, halalkan makan minum saya". Mata nurse itu berair.

Misi: Adik akan selamat.

Mata aku tertutup rapi. Pembedahan itu mengabil masa 9 jam, dan aku yang sedang nazak selamat dibedah

Misi: Adik bukak mata dik.

Aku membuka mata, cahaya dibilik pembedahan sungguh menyilaukan. Aku dapat lihat nurse itu tersenyum dan menunjukkan kearah bertentangan dengannya. Ku berpaling, dan terlihat wajah sayu Ibu bersinar, wajah muram Ayah berseri dengan senyuman. Ayah menyapu tangannya kemuka. Aku tahu ayah dan ibu sentiasa berdoa untuk aku. Dan mereka bersyukur kerana aku selamat dibedah.

Selama seminggu aku dihospital, akhirnya aku dibenarkan balik. Aku tahu walau kita rasa sezalimnya ayah sekejamnya ibu, setenangnya ayah, semurninya ibu, kasih sayang mereka pada anak tidak akan hilang. Jika ini berlaku kepada anak mereka, dan jika boleh diubah, biarlah mereka derita dari anak yang mereka sayangi dan cintai hidup derita.

p/s: Mama, Baba, walau apa pun terjadi, Akie sentiasa ada seorang Ibu dan Ayah. Sejahat Akie, Akie tak pernah terlintas untuk menyakiti hati Mama dan Baba. Akie sayang dan cintakan Mama dan Baba..

Pengalaman yang tidak akan aku lupakan, 14-15 ogos 2004. Tarikh yang hampir meragut nyawa aku. Dan saat itu baru dapat aku rasakan kasih sayang ibu dan ayah sepenuhnya.

1:The Come Back

Tempat:Brunsfield Riverview, Shah Alam.
Tarikh:14 November 2009.
Hari:Sabtu
Masa:6.03 am

Assalamualaikum,

Disini saya akan membuat come back atas kehilangan saya dalam bidang penulisan ini. Terlebih dahulu saya ingin berterima kasih kepada yang memberi saya dorongan untuk meneruskan penulisan blog ini, Terutamanya seorang teman yang kini mula rapat dengan saya Nurfarhana. Setelah lama saya menghilang, saya kini kembali. Kehilangan saya selama ini kerana mengalami masalah kesihatan. Dan saya harap dapat meneruskan dalam bidang penulisan ini. Doakan saya untuk terus sihat dan dapat meneruskan penulisan blog ini.