Nak Kawin Tapi Duit Tak Ada Waaaaaaaaaaaaa.

22 November 2008

Siapa Syafinaz

Hari ini dalam sejarah hidupku, aku kini berani berkata perkara sebenar… semua kerana syafinaz atau cya… selama ini memang benar aku dalam kehidupan yang penuh dengan kepura-puraan.. aku lemah, aku tidak mengenali diri aku sebenar… tapi setelah mengenali cya… aku dapat rasakan satu getaran bahawa dialah segala-galanya untukku… aku mula berani menjadi diriku sebenar.. aku berani berkata jujur dengannya… aku kini semakin bersemangat dan aku mula menyayangi diriku sendiri… aku mula lupakan kehidupan aku yang ramai dan sentiasa penuh dengan perempuan lain.. atau kata lain dan susah aku nak jelaskan.. adakah aku mula mengenali cinta? Aku mula setia pada seorang gadis… dan aku dapat merasakan bahawa aku bahagia dengan cya… walaupun pelbagai perkara yang aku lalui dengannya…

Tapi cya kini tau hubungan aku ngan ain.. sudah lama aku bagi tahu ain.. aku x nk dia ganggu benda yang aku buat.. dia bagitahu cya.. aku tau aku akan kehilangancya.. malam itu aku gaduh besar dengan ain.. aku sudah bagi tahu dia awal-awal.. aku x mampu sayang dia dan x mampu berikan cinta aku kat dia.. dan dia terima.. tp kenapa dia buat aku begini.. aku kehilangan cya.. aku cuba terima.. tp aku tetap teringatkan cya..

Aku telah fikir masak-masak aku akan tutup hatiku untuk sesiapa sahaja.. kecuali cya.. aku x apakah istimewanya cya sampai aku boleh berubah sedemikian.. setiap malam aku doa dia happy.. dan harap dia bahagia dan akan jumpa yg lebih baik dari aku.. hati aku tetap pada dia.. x kan siapa dapat amek hati aku..

Hampir seminggu aku x berhubung cya… tiba-tiba dia pm aku marah aku sebab niss.. niss kawan baik aku kenal dari 2002.. sampai skang.. niss bagitahu sal aku kat cya.. aku x tahu la apa yang mereka bualkan.. sampai cya marah aku.. aku dan niss gadoh.. aku call niss tp dia x angkat… sms niss x reply.. walaupun cya marah aku.. tapi aku happy sangat sebab dia tetap cari aku… malam cya pm aku.. dia mintak lagu.. aku bagi dia lagu kegemaran aku.. dan lagu kenangan aku dan dia.. lagu menentang perjodohan.. dan dia bagitahu aku dia nk jemput aku pergi majlis pertunangan dia..

Masa itu aku tersentap seketika.. dia akan bertunang? Aku tau pernantian aku sia-sia.. tapi apa yang aku ingin kan telah terjadi.. dia dah bahagia.. tapi hati aku tetap pada dia.. biar lah hati aku untukya sampai bila-bila.. aku akan tunggunya...