Nak Kawin Tapi Duit Tak Ada Waaaaaaaaaaaaa.

25 Mei 2008

Nursyafina...

Nursyafina dia adalah cinta pertamaku, dia amat berbeza. Benar, cinta pertama sukar dilupakan. Dia adalah segalanya bagiku dulu. Aku mengenali Ina sejak dari kecil lagi. Aku tak pernah ajak dier couple, begitu juga dia. Tapi sejak dari kecil lagi dia memanggil aku abang. Apa yang aku lakukan pasti dia lakukan juga. Kemana saja aku pergi, dia mesti turut bersama. Hampir 19 tahun aku bersama ina. Aku dan dia telah diangap ber'couple'. Bila aku kena marah, dia akan menangis dan mengaku itu salah dia bukan salah aku. Pernah sekali, aku duduk atas motor bapa Ina, kemudian aku tertekan minyak dan motor itu terjatuh. Bapa Ina sangat marah, dan dia memarahi aku.

"Bah, bukan Abang yang buat abah, Ina yang bergurau dengan Akie. Ina tertolak motor tu." Ina membela aku dari kena marah bapanya.

ZAZZZZZ!!!!

Tangan bapa Ina hinggap dipipi Ina. Aku lihat pipi ina yang putih itu merah.Ina menahan sakit. Aku rasa serba salah sekali. Aku tau itu salah aku, bukan Ina. Aku yang patut dihukum.

"Ayah Man, Akie yang buat Ayah Man."
"Bukan abah, Ina yang bergurau ngan Akie, Ina yang tolak motor abah."

Ina mati-matian mengatakan itu salahnya. Bila ayah dia berlalu, aku mengesat air mata yang mengalir.
Begitulah selama aku bersama dia. Salahku adalah salah dia. Ina sanggup mengaku salah yang aku lakukan adalah salah dia. Hubungan aku dan Ina semakin lama semakin rapat, dan kami saling memahami. Ina tidak pernah berahsia denganku, begitu juga aku.

Suatu hari aku dan Ina terdengar perbualan ibubapa kami.

"Bang Ya, Saya tengok budak-budak nie semakin mesra."
"Betul tu Man. Man, Abang harap Man tidak menolak permintaan Abang. Abang harap Bila dorang berdua mencecah umur 20 dan 21 kita dapat mengahwinkan mereka."
"Saya tak ada bantahan. Keputusan Abang adalah keputusan yang terbaik buat saya."

Aku menatap wajah Ina. Dia hanya tersenyum, dan aku yakin dia juga turut gembira bila mendengar perkara yang dibincangkan ibubapa kami. Tiba-tiba Ina menanyakan soalan yang kurang menyenagkan hati aku.

"Abang, Kalau Abang dapat tau Ina ada penyakit dan tak akan hidup lama adakah Abang tetap sayang Ina?" katanya sambil menguis pasir mengunakan jari kakinya.
"Apa Ina merepek ni? Abang tak suka ina cakap pasal mati." aku menjeling kearah dia, namun dia masih tenang dan menunduk. "Ajal maut di tangan Tuhan. Ina jangan nak merepek lagi."

Hari berganti hari, bulan berganti bulan setahun sudah berlalu. Satu hari aku tidak nampak kelibat Ina. Aku rasa tidak sedap hati. Aku pergi ke rumah ina, tetapi rumah Ina berkunci. Aku pasti mereka telah pulang ke kampung. Aku pergi ke kampung Ina yang tidak jauh dari rumah Ina, namun hampa. Ina tiada disana. Aku menalifon Ayah Man.

"Ayah harap Akie sabar, Ayah ada di hospital. Ina dimasukkan kedalam wad."

Segera aku menamatkan talian dan terus pergi ke hospital tersebut. Aku lihat Ina terbaring lemah. Aku menghampiri Ina, Ina membuka matanya.

"Abang, Ina harap Abang sabar. Ina akan cepat sembuh, Ina nak bersama Abang. Abang jangan risau, Ina tak ada apa-apa. Nanti sebuh lah penyakit Ina." sayup kedengaran suara Ina menahan sakit. Aku tau Ina rasa amat sakit, tapi dia tidak mahu aku risaukan keadaannya. Aku lihat Ina sudah tidur, aku segera mendapatkan Ayah Man yang sedang berbual dengan bapa aku.

" Ayah Man, bagitahu lah kat Akie. Ina kenapa?"
"Ayah Man harap Akie tabah, Akie pergi lah teman Ina didalam."

Aku duduk disisi Ina. Aku menatap wajahnya. Ya, wajahnya tidak seperti selalu, dia kelihatan lemah. Aku lihat rambut Ina. Aku terkejut, kerana itulah kali pertama aku melihat rambut Ina, selama ini ina hanya bertudung. Aku melihat lengan Ina, aku ternampak tahi lalat di lengan kanan Ina. Selama ini Ina mempunyai tahi lalat sama dengan aku, Aku tak pernah melihat siku Ina apatah lagi lengannya, kerana dia sering memakai baju lebih dari siku.

Sudah 5 hari Ina di hospital, Ina semakin lemah. Ina memanggilku. Ina terus memelukku, erat sekali. Itulah kali pertama aku memeluk dia, dan itulah kali pertama aku memengang tangannya. Dia mengucup pipi ku sambil berbisik:

"Abang kita tak mampu tuk bersama, Abang carilah pengganti Ina, Tapi Abang janganlah lupa Ina. Ina amat sayang dan cinta Abang."

Aku mendakap Ina semakin erat, dan mencium pipi Ina. Ini lah kali pertama aku mengucup gadis kesayangan ku ini. Aku berbisik semula pada Ina:

"Ina, Ina tak akan apa-apa.Ina pasti selamat. Abang tak akan lupa Ina, cinta dan sayang Abang terhadap Ina tak akan hilang sampai bila-bila."

Aku dapat rasakan pipi Ina sejuk. "Terima Kasih Abang. Ina sayang Abang. Semoga Abang bahagia dengan perngganti Ina." Tiba-tiba Ina diam terkaku. Ya, Ina telah pergi tuk selamanya, Ina pergi dalam dakapan aku. Ina telah tiada untuk membela aku bila aku membuat salah. Ina kau yang sering membahagiakan ku.............

INA DAMAILAH KAU DISANA, SEMOGA KITA BERSAMA KEMBALI.....
----- AL-FATIHAH-----
INA @ NURSYAFINA TELAH KEMBALI KE TEMPAT ASALNYA PADA 5 MAC 2003 JAM 1 PETANG..
-Kisah ini adalah kisah benar mengenai cinta pertama ku.. Sehingga hari ini aku tak dapat melupakan dia.-

2 ulasan:

fina_sripagi berkata...

cinta itu mmg agong...tp seagung mana pn cinta ia ttp tdk dpt mengatasi keagungan yg maha ESA..takziah..semoga rohnya dicucuri rahmat...amin..

-fina@siti sharafina-

fina_sripagi berkata...

cinta itu mmg agong...tp seagung mana pn cinta ia ttp tdk dpt mengatasi keagungan yg maha ESA..takziah..semoga rohnya dicucuri rahmat...amin..

-fina@siti sharafina-