Nak Kawin Tapi Duit Tak Ada Waaaaaaaaaaaaa.

26 Mei 2008

Mengapa Ini Berlaku!!!

Selepas pemergian Ina aku menjadi tak menentu. Aku tidak mengenali diriku, aku hanyut dalam khayalanku. Setiap malam aku meracau seorang diri. Bagiku aku sedang berbual dengan Ina. Kadang-kadang aku tersenyum, kadang-kadang aku ketawa dan ada masa aku menangis. Hampir sebulan pemergian Ina, aku tetap begini. Siapa yang sanggup tahan, orang yang kita sayang, orang yang kita cintai dan telah bersama hampir 19 tahun pergi tuk selama-lamanya. Aku mengetahui Ina menderita ketika dia dimasukkan kedalam Hospital, itupun setelah hampir setahun dia menderita akibat penyakit Barah Otak yang dihidapinya.

Sebulan berlalu Ina masih tidak dapat ku melupakan,tetapi muncul seseorang dalam hidupku. Aku mula tertarik pada seorang gadis yang hadir dalam sekelip mata. Ya, aku amat mengenalinya. Dia juga mengenali arwah Ina. Begitu juga ibubapa kami saling mengenali. Seminggu aku bersama Zura, kini Zura lah pengganti Ina. Zura amat manja dan dia juga sering bermanja denganku. Tapi Zura tak seperti Ina, rambutnya panjang paras dada dapat dilihat, lengannya yang sedikit berisi dari Ina juga dapat dilihat.

Walaupun begitu aku hanya melihat sahaja dia. Aku tidak pernah menyentuh Zura walaupun sekali. Biarlah aku menyentuh gadis kesayangan aku sebagai seorang isteri yang sah.Pernah Zura bertanya padaku:

"Abang, bila kita keluar berdua boleh tak kita pegang tangan?"aku tak tahu mengapa soalan ini ditujukan.
"Hmmm, kenapa nak pegang tangan pula?" aku menanyakan balik pada Zura.
"Zura tengok semua couple pegang tangan. Zura nak abang pegang tangan Zura bila kita keluar." Aku lihat Zura hanya menunduk, mungkin dia sedih dan terkilan dengan sikapku. Perlahan aku rapatkan tapak tanganku menggenggam jarinya. Dia memandangku dan tersenyum. Indah kurasakan bila orang yang kita sayang itu senyum dan merasa bahagia dengan aku. Kini tanpa rasa malu atau segan aku akan memegang tangan Zura dan memeluk pinggangnya di hadapan orang ramai. Aku mula berubah, aku membiarkan rambut teman wanitaku dilihat orang lain, bila dia menunduk dadanya akan terserlah, dan orang lain juga beleh melihat. Bukan aku tidak mahu menasihatkan dia, malah telah puas tuk aku bertikam lidah dengannya. Jadi aku biarkan saja.
Tiga bulan aku bersama Zura, tapi aku dapat merasakan Zura semakin berubah. Dia kelihatan tidak beberapa sihat, bila aku menanyakan dia pasti akan menafikan. Aku merasa amat risau melihat keadaannya. Tiba-tiba satu malam itu Bapa Zura datang kerumah aku, dia kelihatan begitu marah sekali. Pintu rumahku diketuk begitu kuat sekali,munging juga bapa Zura menyepak pintu itu. Aku segera membuka pintu, tiba-tiba satu tumbukan hinggap di mukaku. Aku terkejut sekali.
"Anak tak guna!! Aku harapkan kau menjaga anak aku begini kau lakukan!!"
Satu lagi tamparan hinggap dipipiku. Aku dapat merasakan bibirku berdarah. Segera bapaku campur tangan, bapaku menahan tanparan yang ingin dilakukan oleh bapa Zura.

"Kau dah buntingkan anak aku!! Kau tak mahu bertanggungjawab ya!!!"
Terkejut aku apa yang dikatakan oleh bapa Zura, Zura bunting, bermakna Zura mengandung. Zura mengandung 2 bulan dan menuduh aku yang membuat dia hingga jadi begitu. Apa yang telah lakukan? Tidak. Ya, bukan aku lakukan perbuatan itu. Patutlah Zura kelihatan lain sejak kebelakangan ini. Keluarga kami yang sudah sekian lama mengenali dan rapat menjadi porak peranda, keluarga masing-masing mengisytiharkan darurat. Jika bertemu pasti ada pergaduhan berlaku. Bapaku pernah dilibas dengan parang oleh bapa Zura ketika bapa aku sedang membasuh kereta dihalaman. Mak aku ditendang dan dipukul oleh mak dan kakak Zura ketika di pasar. Aku pukul dan ditetak oleh abang- abang Zura dan adik aku dipukul oleh adik Zura dan rakan-rakan adiknya. Begitulah selama sebulan kehidupan kami, kami tidak boleh berjumpa pasti berlakunya pergelutan.

Aku berpakat dengan kawan baik aku, kami akan berjumpa dengan Zura dalam kata lain kami akan melarikan Zura untuk seketika. Kini Zura dalam kawalan kami, aku mula hilang hormat pada gadis yang putih yang manja dan yang pernah aku sayang itu. Kini hanya benci, dendam dan ingin membalas semula apa yang telah dia lakukan. Aku menggunakan kekerasan untuk memastikan Zura memberi tahu perkara yang sebenarnya. Setelah ditampar, di tumbuk barulah Zura mengaku dia yang bersalah kerana membuat cerita. Dia menduakan aku dan telah terlanjur dengan teman lelakinya yang lain. Ya, Zura ada yang lain selain aku. Tapi lelaki tersebut dah menghilangkan diri selepas tahu Zura mengandung.

"Maafkan Zura abang, Zura salah. Zura akan mengaku abang. Tolong lepaskan Zura."

Zura menangis teresak-esak ingin dilepaskan. Aku masih belum puas. Ya masih belum, dia baru diperlakukan begitu untuk sehari, tapi aku diperlakukan seperti binatang selama sebulan, Ya sebulan!! Kenapa bila aku merayu mereka tidak melepaskan aku!! Tapi bila aku baru buat sekali pada Zura, Zura perlu aku lepaskan? Tidak, dendam aku belum terbalas. Kerana dia keluarga aku dan keluarga dia bermusuhan. Kerana dia persahabatan bapa kami terputus, dan juga kerana dia keluarga aku dibelasah begini teruk sekali.
Aku mengheret Zura pualang kerumahnya, dia mengaku dan menceritakan apa sebenarnya berlaku. Aku tidak tunggu lama, aku terus beredar. Dari jauh aku kedengaran bapa Zura mengamuk, Zura pula menjerit-jerit kesakitan. Aku tahu Zura mungkin dipukul teruk oleh bapanya.
Malam itu bapa Zura datang memohon maaf pada keluargaku. Tiba-tiba Zura memelukku dan meminta aku menerima dan mengahwini dia, dia juga mengatakan dia amat sayang dan mencintai aku. Tapi mengapa, siku aku hinggap dimukanya. Aku tidak tahu bagaimana ianya boleh terjadi. Mungkin kerana sifat amarah aku mula membuak. Ya, aku tak akan menerima dia lagi. Bapanya hanya melihat aku menyiku Zura. Keesokan harinya aku lihat rumah Zura kosong. Dia dan keluarganya telah berpindah dan pulang kekampung ibunya di Perak. Aku hanya mampu mengharap Zura bahagia.

------TEMAN LELAKI ZURA ITU KEMBALI DAN MENIKAHI ZURA------
------ZURA KINI SUDAH BERGELAR IBU DAN MEMPUNYAI 3 ORANG CAHAYA MATA------

Tiada ulasan: