Nak Kawin Tapi Duit Tak Ada Waaaaaaaaaaaaa.

26 Mei 2008

Mengapa....

Ina (bukan Nursyafina), seseorang yang aku sayang dan seseorg yang aku cinta.. Bagiku dia lawa,comel dan manja. Perkenalan kami membuatkan ku gembira. Aku melakukan apa saja untuknya. Pergi ke Perpustakaan bersama, makan bersama. Umurnya muda setahun dariku. Dia amat manja dengan ku, susah tuk aku guris hatinya. segala permintaannya ku turuti. Aku sanggup berpanas untuk berjumpa dengannya, sanggup berhujan menunggunya. Kami amat bahagia.

Suatu hari, aku dimasukkan ke wad. Appendicks aku pecah. Kritikal kata doktor.
"Maafkan saya Encik Yahya, Saya tak pasti status Ahmad Zaki. Tapi Dia 50-50. Bergantung pada dirinya tuk melawan."
Aku terdengar dan aku melihat wajah bapak aku, aku dapat lihat wajahnya telah berubah. Bapak aku terus keluar, tidak lama kemudian Mak aku masuk, dapatku lihat matanya merah, mukanya suram. Tapi aku sebenarnya dah bersedia hadapi apa jua kemungkinan berlaku. Walaupun aku takut, tapi didalam hatiku aku terima andai sampai disini berakhirnya kehidupan aku. Tiba-tiba aku teringat Nursyafina, ya! Aku akan bertemu dengannya. Tapi Ina juga menantiku. Dengan harapan ingin bahagia bersamaku. Aku kuatkan semangat tuk terus hidup. Kemudian tiba masanya tuk aku masuk ke bilik bedah. Dapat ku lihat ruang yang dipenuhi cahaya, peralatan pembedahan. Kini aku terbaring di atas katil bedah, tiba masanya tuk perut dipotong, Cahaya yang terang dan menyilaukan mataku, kemudian terasa mukaku ditutup dengan sesuatu. Ya! Aku akan lena, itulah gas yg akan membuatkan kita tidur. Bila kesan gas itu hilang aku terjaga, kini aku didalam wad biasa.

Keesokkannya Hatim dan Fikri datang melawatku. Aku main2 phone Hatim, tiba-tiba aku ternampak gambar Ina dalam phone berkamera Hatim. Tapi Ina sedang mencium pipi seseorang dan lelaki itu adalah bangsa india. Lalu aku meminta penjelasan dari Hatim. Gambar itu Hatim memang ingin menunjukkan pada ku, tetapi selepas aku keluar wad. tapi dia tak sangka aku nak tengok hari itu. Hari yang dia ambil itu adalah hari aku bertarung dengan nyawaku. Sebak rasanya. tapi biarlah. doaku semoga dia bahagia.

Tiada ulasan: