Nak Kawin Tapi Duit Tak Ada Waaaaaaaaaaaaa.

26 Mei 2008

Dia Sahabat.. Dia Kenangan... Irmaliana Irazal (Isha) Dalam Kenangan.

Sedih.. Pilu.. Hiba... segalanya ada dihatiku. Menahan sebak didada. 6 Disember 2007 segalanya berlaku. 8 Disember barulah aku tahu, Mengenai pemergian beliau. Disini aku hanya ingin berkongsi serba sedikit mengenai beliau, dan juga kenangan yang sempat diabadikan bersama beliau. Walaupun hanya seketika bersama beliau, tapi telah merapatkan perhubungan kami.

2004, aku dimasukkan ke sebuah kolej swasta, disana banyak merubah kehidupanku, dan banak memberi aku pengalaman dan pengajaran. Semasa belajar disana kenalan aku semakin bertambah. Disanalah aku berdikari.

2005, aku mengambil kesempatan untuk menampilkan diri sebagai seorang pekerja. Aku diambil menjadi pekerja sambilan disebuah gerai makan. Disana jugalah kenalanku semakin ramai dan pengalaman yang ku alami bertambah..

2006, aku mula mengenali apa itu Yahoo!messenger. sebuah aturan yang telah diprogramkan sebagai ruangan komunikasi luar batasan(chatting by using internet). Semasa aku chat, aku berkenalan dengan sebuah kumpulan chatters yang dikenali sebagai Buddy List(BL). Mereka lah yang mengajar aku mengenai aturan program ini. Sekian lama aku bersama mereka, aku mengenali seorang gadis yang lembut, dan manja memakai pengenalan diri(id) erinafarisha_spys, dan nama samaran sebagai [BL]-Isha.

Melihat nama samarannya yang tertulis [BL] aku terus memasukkan idnya ke dalam list aku, lalu kami berkenalan. Alu mula tertarik padanya tapi aku pendam sahaja kerana ketika itu kami baru berkenalan. Dia bertanyakan mengenai ruangan sahabat(myspace) aku memberi e-mail aku dan dia masukkan kedalam list nya.

"akie_mis3: isha kerja or study?
erinafarisha_spys: study
akie_mis3: kat mana?
erinafarisha_spys: unisel
erinafarisha_spys: akie study ke?
akie_mis3: yups
akie_mis3: mana tau
erinafarisha_spys: sebenarnya isha kenal akie lame dah
akie_mis3: kenal kat mane?
erinafarisha_spys: kat PTPL
akie_mis3: mane isha tau?
erinafarisha_spys: isha belajar kat KUTPM la.
akie_mis3: x penah nampak pun
erinafarisha_spys: akie x nmpk la..
erinafarisha_spys: bz jaga kedai
erinafarisha_spys: isha selalu g kedai makcik ngan kawan²
akie_mis3: ye ke?
erinafarisha_spys: ye la"

Itulah bermulanya pertemuan dan perkenalan kami. Aku dan dia semakin rapat. selalu hubungi antara satu sama lain.

2007, tahun ini aku da berhenti belajar. Aku kini bergelar cikgu. Aku kenal Isha sudah lama, tapi tak pernah berjumpe atau keluar bersama. malam itu aku buat alasan kepada ibubapa aku agar aku dapat berjumpa Isha. Malam itu aku berjaya. Aku dapat bertemu Isha. Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan aku disaat itu. Isha juga tau aku sudah berpunya. Jadi hubungan kami hanya sahabat.
"Nanti ada masa kita jumpa lagi ya Isha, seronok dapat jumpa Isha." kata ku semasa kami ingin berpisah.

Aku juga selalu hubungi Isha. Antara yang aku ingat semasa Buddy List ingin membuat perjumpaan di Port Dickson.

"Akie pergi tak P.D?" soal Isha
"Tak tahu lagi la Isha, kenapa? Isha pergi ke?"
"Isha pun tak tau lagi. Apa aktiviti yang ada kat sana nanti?"
"Entah la Isha. Nanti kena bincang la."
"Apakata kita buat game, lelaki pakai pakaian perempuan, perempuan pakai pakaian lelaki."
Dihujung talian aku terdengar suara Isha yang gelak manja.
"Apa lah Isha, cari lah game lain."
"Mesti Akie nampak comel pakai baju kurung." Isha terus gelak.
"Kalau Akie tak ada baju kurung Isha boles sponser. Isha sponser baju kebaya sendat untuk Akie ya?" Gelak Isha semakin kuat.
"Kalau Isha nak sponser Isha sponser baju Ijat." Isha hanya gelak.

Kemudian talian terputus kerana jumlah tambah nilai kehabisan. Itu lah pertamakali aku mendengar Isha gelak riang. Masa semakin berlalu. Pada 3 November 2007 kami bertemu lagi. Tapi bersama pasangannya Khairul. Aku dan Khairul juga saling mengenali. Kami berjumpa semasa jamuan hari raya BL di Times Square. Kami sempat bergurau.

Hujung bulan November aku menalifonnya bertanyakan mengenai kerja kosong.
"Isha tempat Isha ada kerja kosong tak?"
"Ada. Kenapa? Siapa nak kerja?"
"Akie nak kerja la."
"Ada. Akie datang la sini jumpe Isha. Hantar resume sekali."
"Okie. Kalo akie dapat sana leh la selalu jumpe Isha."
"Bukan selalu. Hari-hari." Aku terdengar Isha ketawa riang.
Talian diputuskan.

Aku memberi tahu kepada keluarga aku bahawa Isha ajak kerja di KLIA, dan ibubapa ku gembira dan setuju.

Selang berapa hari Isha mesej aku. Mengatakan dia sedeh. Dia bergaduh dengan Khairul. Lalu aku menghubunginya. Aku menyuruh dia bersabar dan jangan membuat keputusan melulu. Aku telah beritahu Isha aku akan pergi ke KLIA bila ada masa lapang untuk berjumpanya, kerana aku ingin membuat dia gembira semula.

8 Disember, pagi, Mak aku memanggil aku, "Abang hati-hati sekarang banyak kes bunuh, tengok budak perempuan ini. Muda lagi baru 21 tahun." aku memandang surat khabar yang dipegang oleh Mak aku itu. Aku terkejut kerana Wajah yang terpampang itu amat dikenali. Tetapi aku tidak mahu fikir bukan-bukan.

Malam itu Tajak membuat pengunguman. Bahawa [BL]-Isha telah meninggal dunia. Aku tersentak, terkelu tak terkata aku menyuruh Wana call Khairul. Wana call dan beritahu pada aku berita yang disampaikan oleh Tajak adalah benar. Aku tetap tidak puas hati. Aku sendiri yang menalifon Khairul. Bagai disambar satu kuasa yang Maha Hebat. Aku menggigil dan memutuskan talian. Tanpa aku sedari air mata aku telah meleleh ke pipi. Aku berlari ke ruang tamu dan mengambil surat khabar tersebut, Aku menatap wajah gadis yang amat menyayangi dan memahami itu. Airmata aku mengalir semakin laju. Aku mendakap surat khabar tersebut disaat itu aku terasa amat kehilangan. Kini aku kehilangan lagi seorang gadis yang aku sayangi dan yang memahamiku.

Isha telah pergi untuk selamanya. Isha hilang dari pandanganku. Isha pergi sebelum aku sempat membuat dia gembira..

Isha damailah kau disana. Akie amat merindui Isha. Semoga Isha ditempatkan ditempakkan di kalangan mereka yang soleh dan solehah.

"AL-FATIHAH"

Tiada ulasan: