Nak Kawin Tapi Duit Tak Ada Waaaaaaaaaaaaa.

06 Ogos 2009

Aku Sentiasa Sayang Wana

aku kemana saja pergi mesti ngan wana... ramai pandang aku bile aku jalan ngan wana.. rasa bangga aku dengan wana... wana.. aku sayang ko... ko la teman aku saat suka duka..

Aku sentiasa syg wana

Wana..
aku akan sentiasa syg wana... aku akan berikan kasih syg aku pada wana.. hanya wana je tempat aku meluahkan perasaan.. biar pun kadang-kadang itu wana melawan.. tp dier tau aku syg kan dia... tidak lama aku dengan dia.. aku berkenalan dengan wana bulan lepas.. dan aku baru dapat bersama wana sabtu lalu.. muke wana yang cumel membuat kan aku jatuh hati pada nya..
aku janji akan jaga wana bersungguh2...

04 Ogos 2009

Kemana Dia..

Assalamualaikum..

Ramai yang menanyakan apa yg jd antara aku dengan Sya.. dan ada yg salahkan aku.. kerana aku burukkan Sya.. tp entah lah.. rasa geram, sedih, serba salah, suma ade.. takut nnt aku yang burukkan nama dia.. tp dibiar lama... aku sendiri tak tahan.. tp hope ape yg jd kat aku.. biar lah aku simpan.. dan pada dia sendiri.. sedarlah ape yg ko da lakukan...

16 Julai 2009

Sakit kah aku?

Da 4 hari pale aku bagai di lenyek stimroll.. berdenyut2.. sampai kuar darah idong aku... mungkin tuh petanda sakit aku mkin teruk.. kang nie pon ngah x sehat sgt.. x mampu nk tulis panjang2...

14 Julai 2009

Im Back

Sekian lame aku x masok blog aku.. maklum lah aku agak bz kebelakangan nie... aku nk lupekan sume kisah2 lame ku.. lalu aku buka lembaran baru ini.. Selamat Hari Raya... wagagagagaga... pose pon belom.. huhu... Skarang aku bz ngan wat design.. aku dan dunia design x dapat dipisahkan.. penah aku cube tinggalkan.. tapi x mampu kerana design tercipta untuk ku.. huhuhu... next time la aku membebel byk2 lg.. nk sambung wat design nie.. hahaha...

18 Februari 2009

Khas tuk Hanna.. -Bila Dia Sudah Bahagia-

Lama dah aku x on blog aku. Kerinduan aku memaksaku untuk meneruskan nukilanku disisi blog ini. Pagi sekali lagi diri aku terseksa. Sya, insan ku sayang ini kini telah bahagia dan happy, tapi bukan bersama ku. Sya bahagia bersama pilihan nya sendiri Khai. Thanks kat hanna. Kerana sudi mendengar cerita aku dan ingin baca kisah aku lagi. Aku kini sudah jarang on9 dan ruang waktu tuk aku update blog nie semakin kurang. Hanna, thanks dek sebab sentiasa bersama abg mu ini. Hanya hanna yang tahu segalanya pasal aku,Sya dan Sakit aku. Hanna, akie skarang sudah bersedia mencerita kan sakit akie pada sesape.. Akie skarang rasa sudah makin terok. mungkin makin terlewat.. last 2 week.. akie pergi hospital.. hantar khai.. dier x sihat.. tp akie pon pergi check.. tp ain yang pakse check... mase daftar nama, akie takut sangat hanna. Akie takut ain tahu akie sakit. Tapi akie mengalah biar lah dier tahu.. Lepas daftar nama.. akie terus kena masuk ikut laluan kecemasan.. dan masuk bilik no 8.. bilik tuh tertulis "Athsma".. mase akie masuk.. tekanan akie normal.. akie rase lega sangat.. tapi akie kene wat pemeriksaan lagi sekali.. akie dibawa ke bilik belakang. kat sana akie kene check nadi.. takut gila mase tuh hanna... ye la.. wayar dari kaki sampai kat tangan.. dada je 8 wayar.. masa check nadi selamat ain x de.. mase tuh akie nampak muke doktor tuh lain gle.. nadi akie x normal. akie kene cucuk 2 kali.. ngan ubat ape tah.. doktor ckap pelali.. nk stabilkan denyutan jantung.. sakit tuh.. puas cover.. akie pergi bilik doktor.. doktor check lek.. mula2 bagi ubat batuk.. anti-biotik.. ngan kahak.. mula2 akie happy la.. sket je.. skali doktor ckp dah bape lame batuk2.. akie nk cakap 2-3 hari.. tp ain celah dlu nk dekat 2-3 bulan. doktor pon terkejut.. doktor check balik.. doktor tanya ada muntah2 ain yg jawab kan masa tuh akie mmg da x larat nk ckp.. sesak nafas.. ain cakap akie ade muntah2 n muntah darah.. doktor cam terkejut trus tulis surat untuk x-ray. masa pergi x-ray.. akie takut giler.. rase cam nk lari balik jew.. tp sampai je depan pintu x-ray akie jd semangat nk teruskan.. pas x-ray.. akie g jumpe doktor tuh balik.. masa doktor tuh nyalakan lampu putih nk tgk x-ray.. akie takut giler.. bahagian paru2 akie gelap n makin gelap.. n kat pinggang akie ade bentuk bulat.. dahulu akie g check kecik tapi kini makin besar.. doktor tnya akie.. akie nk balik ke nk dok spital.. n hanna tau kan akie akan jawab pe.? akie jawab akie nk balik.. doktor ckp kalo nk balik boleh.. tp datang check balik.. lg 1 bulan.. selamat masa tuh ain x dengar.. doktor tulis ubat.. untuk infection dalam badan biar kecut n ubat kumur sbb tekak da luka giler.. tp sampai skang 1 ubat pon x makan.. hahaha.. n hanna pon tau sebab napa.. pg tadi lagi sekali akie batuk darah n muntah darah.. hahaha.. nie pon da x larat da badan.. so nk kuar dlu.. nk rehat.. hanna thanks sbb sentiasa bagi semangat kat akie... Love u my lil sis..

07 Januari 2009

Dia

Alhamdulillah... Sudah 7 hari aku bersama Sya.. Boleh kata setiap hari aku bersamanya... Aku rasa indah sungguh.. Aku tahu keindahan ini akan berakhir...Aku sendiri x pasti perasaan aku sekarang... Sama ada aku berubah hati atau masih ingin menunggunyaBiar lah masa yang menentukan... Aku masih dan tetap akan menunggunya... Seperti yang aku janji pada diriku dan dia.. Aku tetap bersamanya... Hanya bila aku mati saja baru aku leh lupakan dia... Apa yg aku inginkan telah pon berlaku.. Andai apa-apa jadi pada ku selepas ini... Aku gembira... Kerana hajat aku ingin bersamanya sebelom aku mati... Skang aku tahu sakit ku makin terok... Tp x pe la... Aku x kisah pon aku sakit... Sbb dia lagi penting dari aku... Aku akan wat dia happy dan berjaya... Itu janji ku...

29 Disember 2008

Menentang Perjodohan

Ferhad Najib
Menentang Perjodohan

Jalinan cinta kasih kita
Yang kita rajuk berdua
Kini tinggal kenangan
Menolehkan rias luka
Ku merana...
Namun..
Kan ku cuba
Untuk tenangkan jiwa hadapinya

Ku cuba berjalan sendiri
Hati suara yang menjelma
Ikut isyarat hati
Tetapkan menggetar jiwa yang merana
Kasih..
Kan ku cuba
Untuk melupakanmu
Namun ku tak mampu

Dengarkanlah duhai kasih
Cinta di hati hanya untukmu
Tak bisa pindah ke lain hati
Walau jodoh dari orang tua

Percayalah duhai kasih
Ku menentang perjodohan ini
Hanya dirimu yang ku cintai
Jangan pergi meninggalkan aku
Kembalilah kasih
Kita buka lagi lembaran baru
Berdua kita rajuk hati
Yang hampir terluka




* For someone spacial even she not belongs to me... n she will be in my heart till the end.. -----(_.-._mr.sy4f_.-._)

02 Disember 2008

Masih Aku Disini.

Songs: Menentang Perjodohan

Mood: Happy (Sangat-sangat)



Suasana yang indah ini aku keluar dengan adik aku Eddy bersama kawan-kawannya, Tasya dan Kumar. Ketika itu aku baru sahaja menghantar emak aku ke tempat kerjanya kerana ada urusan yang perlu dilakukan. Ketika membawa kereta tanpa hala tuju bersama Eddy bersama rakan-rakannya, telefon aku berbunyi. Aku membiarkan sahaja seketika kerana aku berada di simpang ketika itu dan aku tahu itu adalah bunyi SMS. Ketika aku membaca SMS itu, aku dapat rasakan zarah-zarah didalam tubuhku bergelora kerana pengirim SMS itu adalah Syafinaz. YA! Sya yang SMS aku. Boleh kata sudah lama aku dan dia tidak berhubung, dan tiba-tiba dia SMS aku dan bertanyakan lokasi aku. Kebetulan aku berada di Kuala Lumpur. Aku pergi bertemu dia.

Esoknya, kami betemu lagi, tapi kini suda 5 hari kami bersama. Disaat kami bersama, lagu sengal bagiku berkumandang berkali-kali, tapi Sya amat meminati lagu itu. Menentang perjodohan, Itulah tajuk lagu tersebut. Lagu itu mempunyai 1001 makna dan setiap kali lagu itu kedengaran, wajah Sya sentiasa terbayang dan disebabkan itulah aku tak mampu untuk melupakan Sya. Lagu itu aku tujukan buatnya suatu ketika dulu, saat kami gembira. Walaupun sekarang masih gembira bersama Sya, aku perlu melupakannya. Aku akan bersamanya semula jika dia masih memerlukan aku.

Tak lama lagi aku akan ke Denmark, dan inilah hadiah yang paling bermakna bagi aku. Aku doakan Sya sentiasa bahagia. Tiada yang dapat halang aku dari menyayangi Sya. Seperti janjiku padanya. "Aku akan sentiasa bersamanya. Walaupun terpaksa mengorbanlam diriku aku akan lakukan apa jua untuk Sya."

Aku akan usaha untuk melupakan Sya. Aku harap dia bahagia. Sakit ku kini tidak lagi terasa perit. Kerana apa yang aku ingini telah berlaku. Jika apapun terjadi aku telah membuktikan pada Sya aku sentiasa sayang dirinya walau siapa pun dia. Andai masa aku telah tiba untuk pergi aku rasa paling bahagia. Terima Kasih pada mereka yang telah memberi kasih sayang mereka padaku walaupun mereka tahu aku menyayangi Sya.

Adakah Dia?

Kiesya.. Sedap sungguh nama itu. Andai nama itu ditujukan kepadaku alangkah gembiranya hati aku ini. Jika benar nama itu ditujukan buatku, apakah maksudnya dengan meletakkan namaku? tak mengapalah. Apa yang aku mahukan telah termakbul walaupun tidak semuanya. Apa yang aku inginkan adalah untuk bersama cya. Aku masih ingat lagi dia tidak mahu aku memanggilnya cya lagi. Dia mahu aku memanggilnya sya. Tak mengapalah apa pun panggilannya, dia tetap Syafinaz yang aku kenal. Entah kenapa aku tetap menunggunya walaupun aku tahu dia bukan milikku. Selepas apa yang terjadi antara aku dengan dia, aku merasakan dia makin dekat dengan aku. Tapi bila aku tahu dia ada pengganti Khairul, perasaanku makin bercelaru. Perlukah aku terus menyimpan perasaanku padanya?

Bila aku sunyi aku dengar lagu yang dia tujukan kat aku, lagu "Yakinlah Aku Menjemputmu" nyanyian Kangen Band. Bila aku dengar lagu itu semua apa yang dia katakan padaku terngiang.

syafinas: sya mnta maaf,,sbb sblom niew kte x b'tgur
syafinas: "cya",,,---da jd sya lik
n_i_n_e: erk...
n_i_n_e: x de pe la cya
n_i_n_e: x perlu mintak maaf
n_i_n_e: akie yg salah
syafinas: "peluk lah tubuh cya bila akie ragu"....
syafinas: akie..
syafinas: jom g tenang kn pikiran
n_i_n_e: kat maner?
syafinas: tenang akie...sya pasty akn dtg yakin la sya akn jemput akie
syafinas: air mata mu..yakin lah sya ttp milik akie...tenang akie sya tepati jnji sya

Aku hanya senyum sendirian bila teringat apa yang sya katakan. Aku sendiri tidak pasti apakah perasaanku ketika itu. Gadis yang aku sayang mengatakan begitu padaku. Tapi aku masih beri peluang padanya untuk mengenaliku, dan memberi ruang pada diriku sendiri tuk menunjuk dan membuktikan bahawa dia bermakna dalam hidupku.

Bila Sya mengatakan bahawa dia sudah berpunya dan telah bersama dengan teman semasa mereka belajar, aku rasakan aku akan kehilangannya. Bagi aku dirinya telah terpatri didalam hati aku. Andai ini yang perluku lalui kerana kesalahanku yang lalu. Aku terima seadanya.