Nak Kawin Tapi Duit Tak Ada Waaaaaaaaaaaaa.

02 Disember 2008

Masih Aku Disini.

Songs: Menentang Perjodohan

Mood: Happy (Sangat-sangat)



Suasana yang indah ini aku keluar dengan adik aku Eddy bersama kawan-kawannya, Tasya dan Kumar. Ketika itu aku baru sahaja menghantar emak aku ke tempat kerjanya kerana ada urusan yang perlu dilakukan. Ketika membawa kereta tanpa hala tuju bersama Eddy bersama rakan-rakannya, telefon aku berbunyi. Aku membiarkan sahaja seketika kerana aku berada di simpang ketika itu dan aku tahu itu adalah bunyi SMS. Ketika aku membaca SMS itu, aku dapat rasakan zarah-zarah didalam tubuhku bergelora kerana pengirim SMS itu adalah Syafinaz. YA! Sya yang SMS aku. Boleh kata sudah lama aku dan dia tidak berhubung, dan tiba-tiba dia SMS aku dan bertanyakan lokasi aku. Kebetulan aku berada di Kuala Lumpur. Aku pergi bertemu dia.

Esoknya, kami betemu lagi, tapi kini suda 5 hari kami bersama. Disaat kami bersama, lagu sengal bagiku berkumandang berkali-kali, tapi Sya amat meminati lagu itu. Menentang perjodohan, Itulah tajuk lagu tersebut. Lagu itu mempunyai 1001 makna dan setiap kali lagu itu kedengaran, wajah Sya sentiasa terbayang dan disebabkan itulah aku tak mampu untuk melupakan Sya. Lagu itu aku tujukan buatnya suatu ketika dulu, saat kami gembira. Walaupun sekarang masih gembira bersama Sya, aku perlu melupakannya. Aku akan bersamanya semula jika dia masih memerlukan aku.

Tak lama lagi aku akan ke Denmark, dan inilah hadiah yang paling bermakna bagi aku. Aku doakan Sya sentiasa bahagia. Tiada yang dapat halang aku dari menyayangi Sya. Seperti janjiku padanya. "Aku akan sentiasa bersamanya. Walaupun terpaksa mengorbanlam diriku aku akan lakukan apa jua untuk Sya."

Aku akan usaha untuk melupakan Sya. Aku harap dia bahagia. Sakit ku kini tidak lagi terasa perit. Kerana apa yang aku ingini telah berlaku. Jika apapun terjadi aku telah membuktikan pada Sya aku sentiasa sayang dirinya walau siapa pun dia. Andai masa aku telah tiba untuk pergi aku rasa paling bahagia. Terima Kasih pada mereka yang telah memberi kasih sayang mereka padaku walaupun mereka tahu aku menyayangi Sya.

Tiada ulasan: