Nak Kawin Tapi Duit Tak Ada Waaaaaaaaaaaaa.

02 Disember 2008

Adakah Dia?

Kiesya.. Sedap sungguh nama itu. Andai nama itu ditujukan kepadaku alangkah gembiranya hati aku ini. Jika benar nama itu ditujukan buatku, apakah maksudnya dengan meletakkan namaku? tak mengapalah. Apa yang aku mahukan telah termakbul walaupun tidak semuanya. Apa yang aku inginkan adalah untuk bersama cya. Aku masih ingat lagi dia tidak mahu aku memanggilnya cya lagi. Dia mahu aku memanggilnya sya. Tak mengapalah apa pun panggilannya, dia tetap Syafinaz yang aku kenal. Entah kenapa aku tetap menunggunya walaupun aku tahu dia bukan milikku. Selepas apa yang terjadi antara aku dengan dia, aku merasakan dia makin dekat dengan aku. Tapi bila aku tahu dia ada pengganti Khairul, perasaanku makin bercelaru. Perlukah aku terus menyimpan perasaanku padanya?

Bila aku sunyi aku dengar lagu yang dia tujukan kat aku, lagu "Yakinlah Aku Menjemputmu" nyanyian Kangen Band. Bila aku dengar lagu itu semua apa yang dia katakan padaku terngiang.

syafinas: sya mnta maaf,,sbb sblom niew kte x b'tgur
syafinas: "cya",,,---da jd sya lik
n_i_n_e: erk...
n_i_n_e: x de pe la cya
n_i_n_e: x perlu mintak maaf
n_i_n_e: akie yg salah
syafinas: "peluk lah tubuh cya bila akie ragu"....
syafinas: akie..
syafinas: jom g tenang kn pikiran
n_i_n_e: kat maner?
syafinas: tenang akie...sya pasty akn dtg yakin la sya akn jemput akie
syafinas: air mata mu..yakin lah sya ttp milik akie...tenang akie sya tepati jnji sya

Aku hanya senyum sendirian bila teringat apa yang sya katakan. Aku sendiri tidak pasti apakah perasaanku ketika itu. Gadis yang aku sayang mengatakan begitu padaku. Tapi aku masih beri peluang padanya untuk mengenaliku, dan memberi ruang pada diriku sendiri tuk menunjuk dan membuktikan bahawa dia bermakna dalam hidupku.

Bila Sya mengatakan bahawa dia sudah berpunya dan telah bersama dengan teman semasa mereka belajar, aku rasakan aku akan kehilangannya. Bagi aku dirinya telah terpatri didalam hati aku. Andai ini yang perluku lalui kerana kesalahanku yang lalu. Aku terima seadanya.

Tiada ulasan: