Nak Kawin Tapi Duit Tak Ada Waaaaaaaaaaaaa.

14 Januari 2013

Warkah Untuknya

Sayang,
Maafkan diriku sayang,
kerana aku tidak mampu membahagiakanmu,
kerana aku tidak mampu menggembirakan hati kamu,
aku tahu,
selama kau berada disisiku,
hanya membuat kau derita,
hanya membuat kau sengsara.

Tapi sayang,
Kasih dan sayang aku padamu,
jujur dan ikhlas.
aku tidak mampu bertahan,
dan aku tidak mampu hidup tanpa kau disisi,
kerana kau segalanya untukku.

Sayang,
Demi kebahagiaan kau dan dia,
dan dalam keterpaksaan,
dalam keluhan berat aku aku lepaskan kamu.
walau aku tidak sanggup,
dan demi sayang aku,
dan ingin melihat kau bahagia,
aku izinkan kau pergi sayang.

Sayang,
Ingatlah aku sentiasa disisi,
aku sentiasa menanti,
dan aku ingin kau mengerti.
aku sayang kamu.

Kini,
Hanya gambarmu menjadi tatapan ku,
tempat ku melepaskan rindu.


- tanpa aku sedar, air mata mula mengalir. ku harap kau kembali. tapi mungkin hanya tinggal mimpi.

Dan di saat ini
Ku masih terus menyintaimu
Melupaimu tak mungkin ku mampu
Terdengar suaramu memanggilku

Dahulu kita sungguh mesranya
Bergurau senda saling menyayang
Kita berjanji bersumpah setia
Hingga ke akhir hayat ingin bersama

Kita merancang, Tuhan menentukan
Tiba masanya, kau pergi… tak kembali

Tinggal aku keseorangan
Tiada lagi gurau sendamu
Siang malam sepi kurasa
Aku rindu kemesraanmu

Tiada ulasan: